Keluarga pakai sedondon ambil keputusan SPM anak

Ismareha (tengah) berhasrat melanjutkan pelajaran ke UPM
Ismareha (tengah) berhasrat melanjutkan pelajaran ke UPM
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai reaksi dan gelagat pelajar dan keluarga masing-masing dapat dilihat sebaik keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia diumumkan pada Isnin.

Menariknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 seorang pelajar datang mengambil keputusan dengan memakai baju sedondon bersama ahli keluarga.

Menurut bapa pelajar terbabit, Ismail Hasman Mohamed@ Salleh, 46, idea untuk berpakaian sedondon itu dicetuskan oleh isterinya, Nooreha Ahmad, 43.

Hashim (kiri sekali) bersama keluarga Ismail selepas keputusan SPM diumumkan di SMK Seksyen 19
Hashim (kiri sekali) bersama keluarga Ismail selepas keputusan SPM diumumkan di SMK Seksyen 19

Lebih membanggakan ujarnya, apabila anaknya, Ismareha Husna, 17, berjaya mendapat keputusan 7A dalam SPM selepas ia diumumkan di sekolah berkenaan.

"Anak berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama kakaknya yang mendapat keputusan 9A dalam SPM pada tahun lalu.

"Ismareha merupakan anak kedua dan kami berharap kejayaannya dan kakaknya sebelum ini dapat menjadi contoh baik kepada adik-adiknya," kata bapa kepada lima anak itu.

Sebelum itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Seksyen 19, Hashim Anang turut menzahirkan ucapan tahniah kepada keluarga berkenaan kerana anak mereka mendapat keputusan cemerlang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!