Keputusan SPM 2023

No Image Caption
A
A
A

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu Nur Farah Farisah Mohd Faizal (kiri) bersama rakan bergambar kenangan bagi meraikan kejayaan setelah memperoleh keputusan cemerlang semasa ditemui di perkarangan Masjid Al Hidayah, Kampung Banggol Mempelam, Kuala Terengganu, hari ini.

Seramai 464 atau 2.83 peratus daripada 16,382 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2023 berjaya memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jelani Sulong berkata lapan calon daripada enam buah sekolah termasuk seorang calon dari sebuah sekolah menengah harian berjaya mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran diduduki.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Kuala Terengganu, SM Imtiaz YT Besut, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun, SM Sains Sultan Mahmud dan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Ibadah korban sempena sambutan Aidiladha

No Image Caption
GALERI

Riadah cuti umum di Dataran Putrajaya

No Image Caption
GALERI

Wukuf di Arafah

No Image Caption
GALERI

Persiapan Sempena Hari Aidiladha