Expedisi Brahim's Outdoor 2020 masuk Kampung Sungai Buloh

Peserta Expedisi Brahim's Outdoor 2020- Hati Kampung di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
Peserta Expedisi Brahim's Outdoor 2020- Hati Kampung di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.
A
A
A

JELEBU - Brahim's Dewina Holding Sdn bhd membuka tirai Program Expedisi Brahim's Outdoor 2020 dengan penganjuran Expedisi Hati Kampung di Kampung Sungai Buloh di sini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Brahim's Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, ekspedisi Brahim's tidak hanya tertumpu kepada kumpulan individu tetapi turut melibatkan aktiviti untuk keluarga seperti Ekspedisi Hati Kampung, Ekspedisi Pulau Perhentian dan BoatHouse Tasik Kenyir.

“Inilah kepelbagaian yang ada pada Expedisi Brahim's Outdoor. Peserta bukan sahaja dihidangkan dengan makanan produk Brahim's tetapi pelbagai pengalaman menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Expedisi Brahim's Outdoor 2020- Hati Kampung di Kampung Sungai Buloh di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn Bhd, Nur Fatin Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Sungai Buloh, Mostakim Muhammad.

Ibrahim berkata, di samping menikmati pengalaman dan hidangan makanan Brahim's yang berbeza di setiap ekspedisi, syarikat berkenaan juga tidak melupakan program tanggungjawab sosial (CSR) mereka dengan menyampaikan sumbangan wang dan barangan dapur kepada 15 keluarga asnaf di Kampung Sungai Buloh.

“Selain melaksanakan CSR, semua peserta dibekalkan dengan produk sedia di makan Brahim's dalam adventure pack yang mudah disediakan dan segera dimakan,” katanya.

Terdahulu, ekspedisi yang bermula Jumaat lalu dan berakhir semalam disertai seramai 150 peserta termasuk penduduk kampung.

Artikel Berkaitan: