1,247 calon SPM Johor peroleh keputusan cemerlang

Mohd Hanapi (tengah) ketika mengumumkan keputusan SPM pada Isnin.
Mohd Hanapi (tengah) ketika mengumumkan keputusan SPM pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 1,247 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Johor memperoleh keputusan cemerlang dengan 20 daripada mereka mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad berkata, pencapaian tersebut turut menyaksikan negeri berkenaan mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) tinggi bagi mengatasi pencapaian di peringkat nasional.

"Bagi keputusan SPM tahun ini, seramai 1,247 calon SPM 2023 telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 1,129 calon pada tahun sebelumnya.

"Keputusan tersebut sekali gus mengatasi pencapaian di peringkat nasional dengan merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.48 mata pada tahun lalu, iaitu mengatasi pencapaian GPN Nasional yang mencatatkan 4.60 mata.

"Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada analisis pencapaian keputusan SPM mulai 2019 hingga 2022, pencapaian ini merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun setelah berjaya mengatasi GPN Nasional selama lima tahun berturut-turut," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Negeri Johor, di sini pada Khamis.

Untuk rekod, seramai 42,221 calon menduduki SPM bagi tahun 2023 dengan seramai 38,760 calon layak mendapat sijil.

Sementara itu, Mohd Hanapi berkata, peningkatan peratus calon yang layak mendapat sijil (LMS) didapati meningkat kepada 93.8 peratus berbanding 91.54 peratus pada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, seramai 133 calon bagi pendidikan berkeperluan khas turut menduduki SPM dan dua daripadanya berjaya memperoleh 9A, seorang (8A) dan dua (7A)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!