SPM: Pelajar dapat gred cemerlang meningkat di Selangor

Dr Jafri Abu (tengah) ditemui selepas mengumumkan keputusan SPM Selangor di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini pada Isnin.
Dr Jafri Abu (tengah) ditemui selepas mengumumkan keputusan SPM Selangor di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelajar mendapat keputusan gred cemerlang iaitu A-, A dan A+ bagi semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor meningkat sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu apabila seramai 2,005 calon dari 65,452 calon memperoleh pencapaian tersebut.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Jafri Abu berkata, bilangan calon memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga meningkat sebanyak 0.68 peratus apabila 502 calon memperoleh pencapaian itu.

"Manakala seramai 21,071 calon (33.06 peratus) telah memperoleh sekurang- kurangnya lulus atau gred E semua mata pelajaran yang diduduki pada 2023 berbanding 20,582 calon (32.57 peratus) pada tahun 2022.

"Angka ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 489 calon (0.49 peratus) berbanding tahun 2022," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM Selangor di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini pada Isnin.

Dr Jafri Abu
Dr Jafri Abu

Beliau mengulas lanjut, Gred Purata Nasional (GPN) SPM 2023 untuk Selangor adalah 4.67 dan turut mencatatkan peningkatan iaitu 0.13 mata berbanding 4.80 pada dua tahun lalu.

Ujarnya, berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), sebanyak 42 daripada 56 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi dan 14 mata pelajaran menunjukkan penurunan prestasi berbanding peperiksaan tahun 2022.

“Prestasi tujuh mata pelajaran teras meningkat dan mata pelajaran sains menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.21 mata GPMP iaitu 4.95 mata pada 2023 berbanding 5.16 mata pada 2022,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, empat mata pelajaran bagi mata pelajaran elektif sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), sains tulen dan matematik tambahan juga dilaporkan meningkat.

Ujar Jafri lagi, JPN Selangor akan terus berusaha untuk meningkatkan jumlah calon SPM akan datang untuk mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!