41 calon SPM Orang Asli di Pahang raih 5A ke atas

Seramai 41 calon Orang Asli di negeri ini berjaya memperoleh 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Gambar hiasan.
Seramai 41 calon Orang Asli di negeri ini berjaya memperoleh 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023. Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 41 calon Orang Asli di negeri ini berjaya memperoleh 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang calon memperoleh 9A, 8A (empat calon), 7A (tujuh calon), 6A (12 calon) dan 17 lagi mendapat 5A.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, seramai 609 calon Orang Asli menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim

Menurutnya, kejayaan ini juga membuktikan golongan Orang Asli diberi perhatian terbaik dan peluang sama rata dalam pendidikan di negeri Pahang.

"Saya selaku Exco Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Orang Asli juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

"Ini berikutan ruang dan peluang yang diberikan kepada anak-anak Orang Asli Negeri Pahang untuk sama-sama dalam pendidikan arus perdana," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: