Faisal Halim dijangka keluar hospital hari ini atau esok

Faisal Halim dijangka dapat keluar daripada hospital hari ini atau esok.
Faisal Halim dijangka dapat keluar daripada hospital hari ini atau esok.
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dijangka dapat keluar daripada hospital hari ini atau esok.

Bagaimanapun Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, perkara itu akan diputuskan oleh doktor dengan mengambil kira perkembangan tahap luka Faisal selepas pembedahan keempat.

"Semuanya bergantung kepada apa yang akan diputuskan oleh doktor pakar. Sekarang ini, kita beri ruang kepada Faisal untuk pulih sepenuhnya daripada luka akibat simbahan asid itu," katanya.

Sebelum ini, Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

Dia terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecuran itu selain pemantauan rapi diberikan oleh doktor pakar di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Keadaannya dilaporkan semakin baik dan pembedahan keempat yang melibatkan 'split skin graft' pada Isnin mengambil kulit lain untuk ditampal pada bahagian luka menjadi pembedahan terakhir yang dilaluinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: