Kes Faisal Halim: 23 individu dirakam keterangan

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah merekod 23 keterangan individu bagi membantu siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu terbabit membabitkan mangsa dan saksi-saksi kejadian terbabit.

Menurutnya, buat masa ini masih belum ada mana-mana pihak tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan berdasarkan fotofit yang didedahkan pihak polis.

“Seramai 23 individu telah diambil keterangan berhubung kes ini.

“Justeru, kita memohon mana-mana pihak mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada pihak polis akan mendedahkan fotofit seorang lagi suspek dipercayai penunggang motosikal dalam kejadian terbabit, Razarudin memaklumkan, lakaran wajah suspek berdasarkan maklumat saksi berhampiran lokasi kejadian.

“Fotofit yang didedahkan hasil keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.

"Ketika itu, seorang lagi suspek yang menaiki motosikal berada agak jauh dari saksi-saksi lain, jadi kita tidak dapat lakaran wajahnya, bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan dalam kes ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Faisal yang juga pemain utama bola sepak skuad kebangsaan disimbah asid oleh seorang suspek sebelum melarikan diri menaiki motosikal bersama seorang lagi individu.

Kejadian itu mengakibatkan Faisal alami melecur di tahap empat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!