[VIDEO] Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200


Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 17 Mei lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di dalam kereta berhadapan sebuah restoran makanan segera di pekan Rembau.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666462/berita/semasa/ugut-bunuh-tumbuk-tunang-hos-jualan-didenda-rm4200

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ugutcederakantunang #mahkamah" />
A
A
A

TAMPIN - Hos jualan dalam talian didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu.

Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada tunangnya dengan cara mengeluarkan perkataan "saya pijak muka awak, saya bunuh awak dekat sini awak nak tengok, awak nak tengok saya punya tak waras, kalau saya tak dapat awak orang lain pun memang tak dapat awak, saya bunuh awak di sini, saya tak takut pun masuk penjara".

Megat Amir Muhaimin (baju putih) didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu.
Megat Amir Muhaimin (baju putih) didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 17 Mei lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di dalam kereta berhadapan sebuah restoran makanan segera di pekan Rembau.

Oleh demikian,tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen tersebut, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM3,000 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara 10 bulan.

Artikel Berkaitan:

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh, masa dan tempat yang sama, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada individu sama dengan cara menumbuk di bahagian pipi kanannya.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga satu tahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan ini, tertuduh dikenakan denda RM1,200 dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara empat bulan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Syuhada Mohd Isa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!