Sila log masuk terlebih dahulu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 17 Mei lalu, lebih kurang jam 11.30 pagi di dalam kereta berhadapan sebuah restoran makanan segera di pekan Rembau.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666462/berita/semasa/ugut-bunuh-tumbuk-tunang-hos-jualan-didenda-rm4200

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ugutcederakantunang #mahkamah" />

Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2024

Hos jualan dalam talian didenda RM4,200 oleh Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan pada Jumaat selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan tunangnya, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28 dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menakutkan secara jenayah kepada tunangnya dengan cara mengeluarkan perkataan "saya pijak muka awak, saya bunuh awak dekat sini awak nak tengok, awak nak tengok saya punya tak waras, kalau saya tak dapat awak orang lain pun memang tak dapat awak, saya bunuh awak di sini, saya tak takut pun masuk penjara".