[VIDEO] Ejen hartanah didakwa sewa bangunan kedai tak wujud

A
A
A

SEREMBAN - Seorang ejen hartanah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan mangsa dalam urusan sewa bangunan kedai tidak wujud membabitkan nilai keseluruhan RM19,250.

Tertuduh, Yau Hon Choong, 42, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh telah mendorong mangsa seorang wanita dan seorang lelaki membuat pindahan wang atas talian masing-masing berjumlah RM7,050 dan RM9,200 ke dalam akaunnya bagi urusan sewa bangunan kedai tidak wujud di Lorong Haruan Oakland dan Medan Perniagaan Senawang Jaya di sini yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Yau Hon Choong (dua dari kiri) diiring polis ketika hadir ke mahkamah.
Yau Hon Choong (dua dari kiri) diiring polis ketika hadir ke mahkamah.

Kesalahan itu dilakukan di Medan Perniagaan Senawang Jaya dan di Jalan S2, Seremban antara 15 Mac hingga 25 April lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan denda RM9,000 bagi setiap pertuduhan dan gagal bayar sembilan bulan penjara.

Selain itu tertuduh secara tidak jujur mendorong seorang wanita membuat transaksi atas talian berjumlah RM3,000 ke dalam akaunnya bagi urusan sewa bangunan kedai tidak wujud di Pusat Perniagaan Templer di Seremban.

Sehubungan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dikenakan sebat serta denda.

Artikel Berkaitan:

Kesalahan itu dilakukan di Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, Seremban pada 6 April lalu.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), P A Krishnaveni merayu diberi jaminan rendah kerana perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua selain bapanya menghidap kanser.

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dan sebutan semula kes 25 Julai depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!