Sila log masuk terlebih dahulu.

Ejen hartanah didakwa sewa bangunan kedai tak wujud

A
A
A

BERITA SEMASA 24 MEI 2024

Seorang ejen hartanah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan mangsa dalam urusan sewa bangunan kedai tidak wujud membabitkan nilai keseluruhan RM19,250, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Yau Hon Choong, 42, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh telah mendorong mangsa seorang wanita dan seorang lelaki membuat pindahan wang atas talian masing-masing berjumlah RM7,050 dan RM9,200 ke dalam akaunnya bagi urusan sewa bangunan kedai tidak wujud di Lorong Haruan Oakland dan Medan Perniagaan Senawang Jaya, Seremban.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666453/berita/semasa/ejen-hartanah-didakwa-sewa-bangunan-kedai-tak-wujud

Muzik: Elevate dari www.bensound.com