Jumlah penagih dadah dibimbangi meningkat jika mudah didapati

Hukuman penjara yang dilaksanakan sejak berpuluh tahun lalu tidak berjaya membendung jenayah penyalahgunaan dadah. - Gambar hiasan 123RF
Hukuman penjara yang dilaksanakan sejak berpuluh tahun lalu tidak berjaya membendung jenayah penyalahgunaan dadah. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah penagih dadah dibimbangi akan meningkat walaupun terdapat pindaan yang dilakukan oleh kerajaan kerana bahan terlarang itu mudah didapati di setiap kawasan sama ada di bandar atau luar bandar.

Pengerusi Pemulihan Dadah Daerah Kuala Muda Kedah, Dr Azemi Shaari berkata, rawatan kaunseling tidak membantu secara menyeluruh kerana kebanyakan penagih akan terus melakukan jenayah yang sama selepas keluar dari pusat pemulihan.

Menurutnya, kelemahan daripada pihak berkuasa menyebabkan penjualan dadah boleh dilakukan secara terbuka menyebabkan bekas penagih yang sudah pulih juga akan terjebak kembali dengan jenayah itu.

“Kaedah rawatan kaunseling akan berjaya kerana dalam pusat pemulihan tiada dadah jadi mereka boleh pulih, tetapi apabila keluar sahaja daripada pemulihan mereka berpotensi untuk kembali semula kepada najis dadah.

“Pindaan sebarang undang-undang berkaitan dadah sama ada ingin mengubah bentuk hukuman memang tiada masalah, tetapi jumlah itu akan bertambah sebab dadah lebih senang nak beli sekarang.

“Kelemahan pihak berkuasa mengawal penjualan dadah di pasaran menyebabkan mereka boleh terjebak dengan jenayah yang sama,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Khamis.

Sementara itu, Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, hukuman penjara yang dilaksanakan sejak berpuluh tahun lalu tidak berjaya membendung jenayah penyalahgunaan dadah.

Tambah beliau, kerajaan perlu mencari hukuman alternatif bagi memastikan hukuman yang dilakukan itu memberi kesedaran kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, rawatan selepas pemulihan dadah secara klinikal dan sokongan daripada ibu bapa dapat membantu bekas penagih kembali sihat serta dapat menjalani kehidupan yang normal.

“Hukuman sedia ada tidak menyelesaikan masalah dan kerajaan perlu mencari alternatif sama ada kaedah rawatan klinikal atau hukuman lebih berat kepada penagih,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!