Bimbang terima nasib sama seperti Thailand

Kerajaan merancang untuk meminda Akta Pemulihan Dadah 1983 dengan menyahjenayah penyalahgunaan dadah antaranya membabitkan kesalahan memasukkan bahan terlarang ke dalam badan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Arik Zakri
Kerajaan merancang untuk meminda Akta Pemulihan Dadah 1983 dengan menyahjenayah penyalahgunaan dadah antaranya membabitkan kesalahan memasukkan bahan terlarang ke dalam badan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Arik Zakri
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu berwaspada dalam melaksanakan sebarang tindakan menyahjenayah berkaitan dadah dalam negara kerana dibimbangi akan memberi kesan negatif pada masa akan datang.

Peguambela dan Peguamcara, Arik Zakri Abdul Kadir berkata, banyak aspek yang perlu diteliti semula kerana bimbang sekiranya Malaysia bakal mengalami nasib sama seperti Thailand.

“Pada tahun 2021, negara itu telah menyahjenayah penggunaan ganja... jadi apabila industri berkenaan berkembang dan dijangka mencecah AS$1.2 bilion pada 2025 dengan lebih 8,000 perniagaan menjual ganja, baru kerajaan Thailand mula risau.

“Jangan biar ia bercambah dan bertambah dalam masyarakat di Malaysia. Adakah kerajaan bersedia untuk undur semula apabila sedar ia satu kesilapan besar?" katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Arik Zakri berkata, beliau menyokong tindakan baik kerajaan untuk meminda undang-undang negara tetapi kaedah dan tujuan ia dilakukan perlu dijelaskan dengan lebih efektif supaya diterima masyarakat.

“Jawapan untuk kurangkan beban polis, kena semak semula adakah itu justifikasi? Kalau mahu kurangkan beban polis, apa akan jadi dengan bahagian narkotik...ditutup?

“Kita ada jabatan khas untuk mengendalikan kes dadah sahaja. Apakah kewajaran menyahjenayahkan? Mungkin boleh terima jika ada alasan lain,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: