Sepak takraw mampu ulangi kejayaan di Sukan Asia Jepun 2026

Hannah (lima dari kanan) ketika merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21, di sini pada Khamis.
Hannah (lima dari kanan) ketika merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21, di sini pada Khamis.
A
A
A

PASUKANsepak takraw negara mampu mengulangi kejayaan sama dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya Jepun 2026 selepas menang berganda dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau yakin skuad sepak takraw negara akan meneruskan momentum kemenangan pada kejohanan akan datang selepas berjaya menundukkan Thailand.

"Sudah tentu saya percaya keyakinan dalam pasukan Malaysia itu sudah wujud semalam (selepas menang berganda dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024) apabila mereka dapat menewaskan Thailand.

"Saya juga percaya pada Sukan Asia (Aichi-Nagoya) di Jepun nanti semangat mereka akan lebih bertambah untuk pergi (jauh)," katanya ditemui pada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21, di sini pada Khamis.

Pada Rabu, skuad negara berjaya menewaskan Thailand dengan keputusan 2-0 pada aksi final dalam acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sekali gus menjuarai acara berkenaan.

Hannah (empat dari kiri) bersama pihak pengurusan dan penganjur Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21 di sini pada Khamis.
Hannah (empat dari kiri) bersama pihak pengurusan dan penganjur Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Kompleks Sukan Negara di Seksyen 21 di sini pada Khamis.

Selain itu, tiga pemain, Farhan Adam, Syahir Roshdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) telah membuktikan prestasi mereka dengan menumbangkan regu Thailand iaitu Poramet Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) dengan hasil keputusan 15-8, 15-12.

Pada kejohanan tersebut kira-kira 3,000 penyokong hadir di Stadium Titiwangsa bagi membakar semangat pasukan Malaysia dengan kekal mendahului perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan pada set pertama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan mengiktiraf sukan sepak takraw sebagai sukan rakyat apabila sukan itu sangat popular di kampung-kampung malah di perkampungan Orang Asli.

"Sukan ini juga tidak memerlukan pasukan yang besar, tidak memerlukan infa yang canggih dan hanya memerlukan bola takraw dan jaring," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan terus memperkasakan sukan berkenaan menerusi program lebih spesifik di peringkat akar umbi bagi menarik lebih ramai kanak-kanak dan anak muda bermain sukan sepak takraw.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!