PM Thailand bakal disingkir, lantik 'penjenayah' sebagai menteri

Perdana Menteri Srettha Thavisin, - AFP
Perdana Menteri Srettha Thavisin, - AFP
A
A
A

BANGKOK - Mahkamah Perlembagaan Thailand menerima satu aduan yang mahu memecat Perdana Menteri, Srettha Thavisin kerana memberi jawatan kepada bekas peguam yang disabitkan dengan jenayah.

Bagaimanapun, Srettha tidak digantung tugas sementara menunggu keputusan kes itu ketika sekumpulan Senator mengadu bahawa pelantikan Pichit Chuenban ke dalam Kabinetnya telah melanggar Perlembagaan.

Pichit telah meletakkan jawatan pada Selasa sebagai usaha melindungi Sretta daripada kes mahkamah.

Keputusan itu telah memberi tamparan kepada kerajaan yang menyaksikan tiga menteri telah meletak jawatan beberapa minggu kebelakangan ini.

Namun, kerajaan tidak memberikan penjelasan mengenai isu itu.

Pichit telah lama menjadi pembantu rapat keluarga bilionair Shinawatra yang partinya telah memenangi semua pilihan raya kecuali satu dalam dua dekad lalu.

Sebagai seorang peguam, beliau berjuang dan tewas dalam kes menentang bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan abangnya, Thaksin Shinawatra iaitu pengasas Parti Pheu Thai.

Peguam itu telah dipenjarakan enam bulan pada tahun 2008 selepas didakwa cuba merasuah pegawai mahkamah sebanyak 2 juta baht (RM257,800) yang disembunyikan dalam beg kertas.

Artikel Berkaitan:

Lesen peguamnya digantung selama lima tahun.

Seramai 40 Senator berkata, Srettha melanggar Perlembagaan dengan melantik Pichit, yang tidak mempunyai integriti dan etika diperlukan untuk memegang jawatan menteri. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!