Keadaan Faisal Halim positif selepas pembedahan keempat

Faisal Halim.
Faisal Halim.
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim mungkin dibenarkan keluar hospital beberapa hari lagi selepas kejayaan pembedahan keempat iaitu 'split skin graft' (SSG) yang dijalankan pada Isnin lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pembedahan yang berlangsung selama enam jam itu menunjukkan perkembangan positif terhadap luka lecuran yang dialaminya.

"Pembedahan keempat iaitu SSG telah dijalankan dan kulit telah diambil daripada beberapa bahagian badan Faisal diletakkan di lengan kiri dan bahagian badannya.

"Prosedur berjalan dengan lancar. Ini rezeki Faisal juga. Jadi, apa yang berlaku selepas ini doktor pakar akan 'monitor' Faisal," katanya ketika ditemui selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Sebelum ini, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

Dalam pada itu, Shahril berkata, doktor pakar akan membuat penelitian terhadap Faisal sebelum menentukan tarikh sebenar Faisal boleh keluar daripada hospital.

"Tak salah saya esok doktor akan buat penelitian untuk melihat keadaan Faisal. Daripada situ kita akan tahu bila Faisal akan keluar. Tapi, saya yakin dalam beberapa hari lagi Faisal akan keluar.

"Tadi pun saya berjumpa dengan Faisal saya tengok perkembangan sangat positif. Kita doakan," katanya.

Artikel Berkaitan: