Kes Ebit Lew: Lima hingga tujuh mesej lucah dalam tempoh seminit

Ebit Lew ketika keluar daripada Mahkamah Majistret Tenom.
Ebit Lew ketika keluar daripada Mahkamah Majistret Tenom.
A
A
A

TENOM - Saksi pendakwaan kesembilan memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima antara lima hingga tujuh mesej lucah dalam tempoh satu minit daripada pendakwah terkenal Ebit Lew.

Dalam keterangan saksi yang juga pengadu dalam kes ini memaklumkan terdapat hampir 200 mesej yang diterimanya pada 9 Mei 2021.

Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin dalam pemeriksaan utamanya meminta wanita itu menceritakan apa yang berlaku pada tarikh tersebut.

"Ebit Lew WhatsApp saya pada waktu sahur, lepas itu pada jam 4.06 pagi dia terus memberikan kata-kata lucah lagi, dia mesej sampai jam 7 pagi.

"Mesej-mesej itu berbentuk lucah dengan ayat-ayat yang jijik, dia cuba meminta saya gambar untuk memuaskan nafsu seks," katanya.

Sementara itu, Analia juga meminta saksi menjelaskan maksud mesej yang dihantar pada 10 Mei 2021 berkaitan ayat berbentuk lucah yang turut menyebut perkataan 'kacukan Pakistan' dan 'Cina'.

Saksi kemudian memberitahu bahawa kacukan Pakistan itu merujuk kepada beliau dan Cina itu merujuk kepada Ebit Lew dan bukan kepada suaminya yang berbangsa Bajau.

Saksi juga turut memberitahu mahkamah pada tarikh tersebut dianggarkan sekitar 100 mesej lucah yang diterima dan saksi turut melakukan tangkap layar terhadap semua mesej tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan oleh Analia dan Zahida Zakaria sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Ebit Lew berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah #fyp #SinarHarian #EbitLew #MahkamahTenom #Sabah

Strength of a Thousand Men (Instrumental) - Two Steps from Hell

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!