Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia

Sivasangari. Foto Astro Arena
Sivasangari. Foto Astro Arena
A
A
A

S SIVASANGARI melonjak ke ranking ke-10 dunia dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan Jelajah PSA Wanita, pada Isnin.

Berikutan kemaraannya ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Skuasy di Kaherah, Mesir, ditambah kecemerlangan dalam Kejohanan Klasik London bulan lalu, dia mendaki satu lagi kedudukan - secara tidak langsung muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern.

Sementara itu, Mesir menguasai tiga tangga teratas menerusi Nour El Sherbini, Nouran Gohar dan Hania El Hammamy.

Pemain lelaki negara, Ng Eain Yow, turut menunjukkan perkembangan positif kariernyanya dengan menguasai tangga ke-15 dunia. - Astro Arena/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!