PATI warga Bangladesh perlu bayar RM21,000 kepada ejen sindiket

Transporter warga Bangladesh ditahan JIM di kawasan parkir di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Sebuah Perodua Myvi yang diguna suspek untuk membawa PATI berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis . Gambar kecil: Ruslin
Transporter warga Bangladesh ditahan JIM di kawasan parkir di sebuah kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Sebuah Perodua Myvi yang diguna suspek untuk membawa PATI berjaya ditahan dalam serbuan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis . Gambar kecil: Ruslin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dikenakan bayaran sehingga RM21,000 kepada sindiket sebelum ditransitkan ke Thailand dari Vietnam dan diseludup masuk ke negara ini dengan menaiki bot.

Itu antara modus operandi sindiket penyeludupan manusia yang berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail dekat sini pada Khamis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada jam 7.02 malam itu berjaya menahan seorang lelaki Bangladesh yang sedang memandu Perodua Myvi di kawasan parkir selepas cuba memecut laju.

Menurutnya, lelaki Bangladesh berusia 33 tahun itu disyaki berperanan sebagai transporter dan hasil pemeriksaan turut bersama suspek ialah dua lelaki PATI warga Bangladesh.

"Soal siasat membawa kepada pemeriksaan sebuah premis kediaman dan menahan lima lagi lelaki PATI warga Bangladesh yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan operasi telah merampas 10 naskhah pasport Bangladesh, tiga unit telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM500 dan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai diguna untuk mengangkut PATI.

Sebuah unit kediaman diserbu JIM dan berjaya membawa penahanan lima warga Bangladesh di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sebuah unit kediaman diserbu JIM dan berjaya membawa penahanan lima warga Bangladesh di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas modus operandi sindiket terbabit, Ruslin berkata, PATI terutamanya warga Bangladesh yang ingin mencari peluang pekerjaan secara haram di negara ini akan dibawa dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam sebelum dibawa ke Thailand menaiki kereta.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya, PATI dibawa menaiki bot dari Thailand untuk ke Kelantan dan ‘transporter’ akan membawa PATI terbabit ke premis kediaman di Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.

"PATI akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran sebanyak RM13,000 hingga RM21,000 setiap seorang kepada ejen warga Bangladesh yang berada di Malaysia," ujarnya.

Tambah Ruslin, siasatan awal mendapati sindiket telah beroperasi selama dua bulan.

Tegasnya, transporter terbabit disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala PATI berusia 21 hingga 38 tahun itu disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"JIM komited untuk membanteras sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi

menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!