Isu resit 3R: Polis terima lima laporan, belum ada tangkapan

Kamarul Rizal. Laporan Sinar Harian
Kamarul Rizal. Laporan Sinar Harian
A
A
A

BALIK PULAU - Polis mengesahkan menerima lima laporan berhubung isu resit yang dikeluarkan oleh sebuah premis menjual piza yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja-raja).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal bagaimanapun berkata, sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

"Kita telah terima lima laporan. Setakat ini, belum ada tangkapan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kamarul berkata, polis menerima laporan berhubung isu itu pada jam 8.46 malam Rabu.

"Kita telah menerima laporan berkenaan kes gambar tular yang memaparkan resit tertera ayat menghina agama Islam yang berlaku di Kenari Avenue, Bayan Lepas.

"Hasil siasatan mendapati satu pesanan yang diterima pada jam 3.05 petang pada 15 Mei melalui aplikasi 'Dominos' yang mempunyai perkataan menghina di bahagian 'remark'," katanya.

Tambah Kamarul, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Sebelum ini, tular di media sosial resit yang dikeluarkan oleh sebuah premis menjual piza dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan 'remark' oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Individu tersebut didapati menulis menghina Islam di dalam bahasa Inggeris iaitu 'at this noisy place with stupid moaning sound like have sex everyday,stupid islam'.

Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga net yang mengecam premis berkenaan berikutan menyangka ia adalah perbuatan premis menjual pizza tersebut.

Ruangan 'remark' disediakan untuk pemesan makanan menulis pesanan khas kepada premis berhubung makanan yang dibeli.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!