Empat pendaki Korea Selatan hilang di Himalaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Empat pendaki Korea Selatan didapati hilang di kawasan pergunungan Himalaya di Nepal susulan insiden salji runtuh, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian luar Seoul hari ini.

Insiden itu berlaku di laluan trekking Annapurna yang terkenal kira-kira jam 10.30 pagi hingga 11 pagi (waktu tempatan) semalam, menurut kementerian tersebut.

Lima lagi pendaki daripada kumpulan sama berada dalam keadaan selamat, namun Korea Selatan meminta pihak berkuasa tempatan Nepal mengaktifkan operasi pencarian di kawasan itu.

Keluarga pendaki yang hilang sudah dimaklumkan mengenai insiden itu.

Kerajaan Korea Selatan akan menghantar satu pasukan kecemasan bagi menangani kes itu dan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, menurut kenyataan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: