Maqis rampas 7.83 tan ubi keledek dari Thailand

Maqis Kedah merampas ubi keledek di pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
Maqis Kedah merampas ubi keledek di pintu masuk Bukit Kayu Hitam pada Jumaat.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah merampas kira-kira 7.83 tan ubi keledek di pintu masuk Bukit Kayu Hitam di sini, pada Jumaat.

Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan kira-kira jam 5 petang menemukan ubi keledek bernilai lebih RM142,401.96.

Beliau berkata, ubi keledek yang diimport dari Thailand itu tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan.

"Sehubungan itu, kesemua barangan ini ditahan untuk tindakan lanjut.

Kira-kira 7.83 tan ubi keledek dirampas kerana tidak mematuhi syarat import yang sah di pintu masuk Bukit Kayu Hitam.
Kira-kira 7.83 tan ubi keledek dirampas kerana tidak mematuhi syarat import yang sah di pintu masuk Bukit Kayu Hitam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan.

Menurutnya, ia bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!