Kira-kira 80,000 warga Palestin tinggalkan Rafah berikutan serangan Israel

Orang ramai meninggalkan rumah mereka di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza selepas tentera Israel mengumumkan mereka akan meneruskan serangan darat ke atas Rafah di Gaza pada Rabu. Foto Xinhua
Orang ramai meninggalkan rumah mereka di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza selepas tentera Israel mengumumkan mereka akan meneruskan serangan darat ke atas Rafah di Gaza pada Rabu. Foto Xinhua
A
A
A

KUALA LUMPUR - Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan kira-kira 80,000 orang telah meninggalkan Rafah sejak operasi ketenteraan yang dipertingkatkan 6 Mei lepas.

Dalam satu hantaran di laman X dahulunya Twitter pada Khamis, UNRWA berkata penduduk Gaza menghadapi satu lagi pengusiran secara paksa di Semenanjung Gaza.

"Sejak tentera Israel meningkatkan operasinya pada 6 Mei, kira-kira 80,000 orang meninggalkan Rafah mencari tempat selamat.

Penderitaan dialami keluarga-keluarga ini tidak tertanggung. Tiada tempat yang selamat. Kita perlukan gencatan senjata,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: