Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia

Maritim Malaysia menerima kunjungan hormat wakil agensi penguat kuasa Turkiye pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.
Maritim Malaysia menerima kunjungan hormat wakil agensi penguat kuasa Turkiye pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.

Ini dibuktikan apabila Maritim Malaysia telah menerima permohonan pertemuan bilateral daripada delegasi tentera dan agensi penguat kuasa luar negara seperti Turkiye, India, Singapura, Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Filipina serta wakil kedutaan Ukraine di Malaysia, Mykhailiuk Denys.

Ia sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bermula Isnin.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pihaknya telah berkongsi peranan penting bagi menjaga kedaulatan perairan negara serta amalan terbaik dalam penguatkuasaan selain memperkasakan kerjasama serantau khususnya di sempadan maritim negara.

Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major
General Ludy Schmidt mengadakan kunjungan hormat terhadap Saiful pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.
Timbalan Komander Pusat Pemerintahan Bekalan dan IT, Kementerian Pertahanan Belanda, Major General Ludy Schmidt mengadakan kunjungan hormat terhadap Saiful pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.

"Pada pertemuan tersebut, Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk memastikan kawalan sempadan maritim yang cekap dan efektif.

"Ini membuktikan keupayaan Maritim Malaysia untuk bergerak seiring dengan perkembangan global dan menangani cabaran semasa dalam domain maritim," katanya pada Rabu.

Tambahnya, Maritim Malaysia juga diiktiraf atas usahanya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan maritim dan kepentingan menjaga perairan negara serta laluan perdagangan antarabangsa seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Artikel Berkaitan:

Selain pertemuan bilateral agensi penguat kuasa, Maritim Malaysia turut menerima kunjungan hormat dari pemain industri pertahanan dalam dan luar negara.

Saiful turut menerima kunjungan hormat wakil kedutaan Ukraine pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.
Saiful turut menerima kunjungan hormat wakil kedutaan Ukraine pada DSA dan NATSEC 2024 di MITEC Kuala Lumpur.

Melalui pengiktirafan ini, secara tidak langsung ia telah memberi dorongan kepada para pegawai dan anggota penguat kuasa Maritim Malaysia untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan mereka dalam memelihara keselamatan maritim negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!