Lima jam terperangkap kepala air

Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan tali sebelum kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Foto Bomba Perak
Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan tali sebelum kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Foto Bomba Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM - Dua lelaki berjaya diselamatkan selepas hampir lima jam terperangkap dalam kejadian kepala air berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Dara dekat Behrang, di sini pada Ahad.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim pada jam 8.51 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 31 dan 40 tahun datang ke kawasan itu untuk memancing sebelum menyedari kejadian kepala air sekitar jam 2 petang.

Menurutnya, semasa mangsa menghubungi bomba, paras air masih lagi deras dan tidak selamat untuk menyeberang.

"Keadaan itu mengakibatkan mangsa terperangkap di seberang sungai.

"Anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan tali. Kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarga masing-masing.

"Operasi menyelamat tamat pada jam 10.05 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!