Mayat pemancing lemas di Empangan Tasik Pedu ditemukan

Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemukan pada Ahad. Foto JBPM Kedah
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemukan pada Ahad. Foto JBPM Kedah
A
A
A

ALOR SETAR - Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemukan pada Ahad.

Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, mayat lelaki berusia 50-an itu ditemukan terapung pada 8.05 pagi.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang Khamis lepas berhubung kejadian lemas yang melibatkan dua mangsa lelaki yang sedang memancing di tasik berkenaan dengan menaiki bot.

"Bagaimanapun, seorang daripada mangsa berusia 55 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran kawasan kejadian manakala seorang lagi dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi pencarian mangsa yang bermula sejak Khamis lepas turut membabitkan Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Sungai Petani serta anggota BBP Kuala Nerang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Mayat pemancing lemas di Empangan Tasik Pedu ditemukan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Pemancing #Lemas #EmpanganTasikPedu #JBPM #Bomba #Mayat

Artikel Berkaitan:

Hard News - DM Production

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!