Lelaki ambil inisiatif sendiri tabur tar tutup lubang jalan

Lelaki berkenaan menabur seguni tar pada lubang yang terdapat di sebatang jalan meraih pujian warga maya.
Lelaki berkenaan menabur seguni tar pada lubang yang terdapat di sebatang jalan meraih pujian warga maya.
A
A
A

SHAH ALAM - Keprihatinan seorang lelaki mengambil inisiatif sendiri unuk menutup jalan berlubang dengan tar meraih pujian warga maya.

Manakan tidak, jalan yang berlubang bukan sahaja boleh merosakkan kenderaan yang melalui kawasan itu bahkan berkemungkinan besar menjadi faktor kemalangan dan membahayakan pengguna jalan lain.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok @_aisar77, kelihatan lelaki berkenaan menabur seguni tar pada lubang yang terdapat di sebatang jalan.

Tindakannya itu dirakam individu yang melalui kawasan terbabit sekali gus mendapat respons positif daripada pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian atas tindakan murni lelaki terbabit yang disifatkan tidak mudah untuk dilakukan.

Ada yang mengatakan lelaki tersebut sanggup membawa tar yang diletak di dalam guni dan dibawa dengan motosikal dalam keadaan panas.

Selain itu, ramai juga yang mendoakan lelaki berkenaan dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk segalanya di dunia mahu pun akhirat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: