Tetamu hadir kenduri dapat hadiah tilam

Beberapa tetamu yang hadir majilis perkahwinan menerima hadiah tilam. Foto Agensi
Beberapa tetamu yang hadir majilis perkahwinan menerima hadiah tilam. Foto Agensi
A
A
A

SIDARJO - Ratusan tetamu yang hadir ke sebuah majlis kenduri perkahwinan yang berlangsung di Kabupaten Sidoarja, Jawa Timur kelihatan tersenyum gembira apabila mendapat tilam yang dihadiahkan oleh tuan rumah, lapor Tribunenews.

Berdasarkan video dimuat naik dalam akaun TikTok @mas_kemon03 menyaksikan beberapa tetamu hadir ke sebuah majlis perkahwinan pulang dengan membawa balik buah tangan berupa tilam.

Pemilik akaun itu, Muhammad Alfan Baharudin berkata, kenduri tersebut dianjurkan oleh jirannya yang juga tuan rumah iaitu Sulkan dan isterinya Sumini.

Difahamkan, seramai 500 tetamu hadir ke majlis perkahwinan dianjurkan oleh seorang pengusaha sampah plastik.

Muhammad Alfan berkata, majoriti tetamu adalah penduduk tempatan dan pada mulanya hadiah tersebut dirahsiakan oleh tuan rumah tersebut.

"Tetamu dihidangkan dengan nasi dan jajan dan tuan rumah terlebih dulu merahsiakan hadiah sebelum mengumumkan ketika tetamu beransur pulang," katanya.

Sebelum ini, tetamu yang hadir di majlis tahlil di Bojonegoro, Jawa Timur dihadiahkan sebuah kipas angin setiap orang.

Menerusi video dalam TikTok @tyna96 menyaksikan susunan kotak kipas di majlis tahlil dan tetamu yang hadir ke majlis itu dipelawa membawa balik kipas setiap seorang. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!