Misi Leverkusen kian mencabar

Alonso. Foto EPA
Alonso. Foto EPA
A
A
A

XABI Alonso mengakui Bayer Leverkusen bakal berdepan tugas mencabar dalam misi mengekalkan rekod cemerlang mereka ketika ini.

Malah jurulatih berusia 42 tahun itu juga sedar setiap pasukan mahu mengalahkan mereka sekali gus memadam rekod kebal Leverkusen 47 aksi tanpa kalah.

"Kami mahu kekal rekod tanpa kalah dan kami tahu setiap minggu akan menjadi lebih sukar.

"Semua orang mahu menewaskan kami," kata Alonso.

Leverkusen yang baru dinobatkan sebagai juara Bundesliga itu menghampiri kejuaraan ketiga selepas menewaskan Roma 2-0 di tempat lawan dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa pada Jumaat.

Mereka juga mara ke final DFB-Pokal menentang Kaiserslautern pada 26 Mei ini.

Leverkusen yang menamatkan dominasi 11 tahun Bayern Munich dalam perebutan trofi Bundesliga memastikan gelaran pertama mereka sejak 1993 akan bertandang ke Eintracht Frankfurt yang menghuni tangga keenam malam Ahad.

Alonso menyifatkan bukan tugas mudah untuk bertandang ke Frankfurt sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana mereka sentiasa menjadi lawan yang sukar dengan sistem permainan yang fleksibel.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!