Kebakaran: 22 rumah musnah, 146 hilang tempat tinggal di Sandakan

Seorang Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa api dalam kebakaran rumah di kawasan setinggan di Kampung Magkalinau Parit hari ini. - Foto: Bernama
Seorang Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa api dalam kebakaran rumah di kawasan setinggan di Kampung Magkalinau Parit hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

SANDAKAN - Seramai 146 orang tinggal sehelai sepinggang apabila 22 rumah musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan berkeluasan 0.40 hektar atau satu ekar di Kampung Mangkalinau Parti dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandaka, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 4.19 petang.

"Api berjaya dikawal pada jam 4.41 petang, seramai 46 pegawai serta anggota melibatkan polis, bomba, Sabah Electricity Sdn Bhd serta pihak kebajikan bertugas di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, semua mangsa terdiri daripada 44 lelaki, 47 wanita dan 55 kanak-kanak akan ditempatkan di pusat penempatan sementara di Dewan Taman Harmoni di sini dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!