Tindakan sembunyi hanya sia-sia

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI ) menyembunyikan diri di tingkat 25 bangunan yang sedang dibina kerana mahu mengelak daripada dicekup pihak berkuasa hanya sia-sia dalam Ops Kutip dilakukan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di tapak pembinaan di Jalan Ampang, di sini kelmarin.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, dalam operasi kira-kira jam 3.30 petang itu, seramai 60 individu telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan itu mendapati seramai 54 warga asing termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 28 hingga 45 tahun dikesan melakukan kesalahan imigresen.

"Semakan mendapati PATI yang ditahan terdiri daripada Indonesia (20), Bangladesh (18), Pakistan (3), Myanmar (3) dan seorang India," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Kutip di kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur kelmarin.

Hamidi berkata, pihaknya percaya PATI yang ditahan itu adalah pekerja buruh binaan di tapak pembinaan terbabit.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan dilakukan PATI adalah gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan menyalahgunakan permit kerja.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: