Ibu tunggal didenda RM25,000 jual barang tiruan

Chiew Yee didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual barangan tiruan jenama antarabangsa bernilai lebih RM300,000.
Chiew Yee didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual barangan tiruan jenama antarabangsa bernilai lebih RM300,000.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang ibu tunggal didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual 777 unit barangan tiruan jenama antarabangsa bernilai lebih RM300,000 Selasa lalu.

Orang kena saman (OKS), Seah Chiew Yee, 31, yang bekerja sebagai penyelia kedai membuat pengakuan bersalah itu selepas tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mahkamah turut menetapkan penjara enam bulan sekiranya OKS gagal membayar denda.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mohammed Heikal Ismail memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

OKS yang diwakili peguam, Melvin Tay merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan OKS telah bercerai dan perlu menyara anak berusia 12 tahun serta ibu yang uzur selain tahap pendidikannya hanya sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tidak tahu untuk membezakan ketulenan barangan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, OKS didakwa mempunyai dalam kawalan barangan jenama tiruan antarabangsa menggunakan cap dagangan Versace bagi tujuan perdagangan membabitkan 615 unit kemeja-T, seluar pendek (5), jeans (44), kemeja (26), baju sejuk (34), tali pinggang (12), sarung kaki (10) dan beg kertas (31) jenama sama.

Chiew Yee didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis outlet di dalam pusat beli belah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir pada jam 12.25 tengah hari, 14 Januari lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 100, Akta Cap Dagangan 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 102(1)(c) akta sama, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 102(1)(ii) akta sama.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan, seseorang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar atau maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya, atau maksimum lima tahun penjara.