Pembenihan awan ikhtiar reda bahang cuaca panas

Foto hiasan (Gambar kecil: Saifunizam Muhamad)
Foto hiasan (Gambar kecil: Saifunizam Muhamad)
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan menggesa kerajaan negeri supaya memohon pembenihan awan sebagai salah satu ikhtiar meredakan bahang cuaca panas yang sedang melanda ketika ini.

Naib Yang DiPertua I, Saifunizam Muhamad berkata, hasil semakan mendapati kerajaan negeri belum pernah membuat permohonan pembenihan awan bagi tahun ini.

"Kerajaan Sabah pernah memohon pembenihan awan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan berjaya dilaksanakan pada 30 Mac lalu.

"Alhamdulillah, 40 milimeter hujan telah turun, maka langkah yang sama turut boleh diambil oleh Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut beliau, hasil pemerhatian dan keadaan awan mendapati operasi pembenihan awan sebagai sebuah ikhtiar mendapatkan hujan sesuai dijalankan.

Ujarnya, walaupun kerajaan negeri menggesa rakyat untuk mengadakan solat sunat Istisqa’ tidak salah menjadikan pembenihan awan sebagai sebuah ikhtiar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: