10 kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Tangkap layar gambar perkongsian MetMalaysia di Facebook pada Ahad
Tangkap layar gambar perkongsian MetMalaysia di Facebook pada Ahad
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di lapan kawasan Semenanjung dan dua lagi di Sabah serta Sarawak setakat jam 4.30 petang pada Ahad.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, lapan kawasan di Semenanjung itu ialah Hulu Perak, Perak; Besut, Terengganu; Pendang dan Baling, Kedah; Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah serta Pasir Mas, Kelantan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, kawasan Kinabatangan, Sabah dan Mukah, Sarawak juga antara lokasi yang berada pada tahap satu.

“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian berada pada 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!