Allahyarham Muhammad Amir selamat dikebumikan

Hadirin membaca doa selepas urusan pengebumian Allahyarham Muhammad Amir.
Hadirin membaca doa selepas urusan pengebumian Allahyarham Muhammad Amir.
A
A
A

SEGAMAT - Jenazah Allayarham Komander Muhamad Amir Mohamad, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Segamat, pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Terdahulu, Allahyarham dibawa ke rumahnya di Felcra Bukit Kepong, pada jam 10.30 malam sebelum dibawa ke Masjid Al-Muqorobbin bagi urusan solat jenazah kali kedua pada jam 11 malam.

Anggota TLDM membawa keranda Allahyarham Muhammad Amir memasuki Masjid Al-Muqorobbin untuk solat jenazah.
Anggota TLDM membawa keranda Allahyarham Muhammad Amir memasuki Masjid Al-Muqorobbin untuk solat jenazah.

Dianggarkan lebih 500 hadirin melibatkan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penduduk Felcra berkenaan menyertai solat jenazah berkenaan.

Solat jenazah Allahyarham Muhammad Amir Mohamad, di Masjid AlMuqorobbin.
Solat jenazah Allahyarham Muhammad Amir Mohamad, di Masjid AlMuqorobbin.

Jenazah Allayarham Komander Muhamad Amir kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan Felcra berkenaan bagi urusan pengebumian.

Balu Allahyarham, Marliyati Basri menyiram air mawar serta menaburkan Bunga di kubur Allahyarham Muhammad Amir
Balu Allahyarham, Marliyati Basri menyiram air mawar serta menaburkan Bunga di kubur Allahyarham Muhammad Amir

Bendera TLDM kemudiannya diserahkan kepada bapa Allayarham, Mohamad Borak, 71 oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Laksamana Muda Baharudin Wan Md Nor, sejurus jenazah selamat dikebumikan.

Artikel Berkaitan:

Turut mengiringi pengebumian Allahyarham, ibunya, Napkiah Ahmad, 71. balunya Marliyati Basri, 40, serta ketiga-tiga anaknya, Nuraina Farhana, 19, Nurlaila Shafiq, 13, dan Muhamad Yusof, 4.

Balu Allahyarham, Marliyati Basri.
Balu Allahyarham, Marliyati Basri.

Allahyarham Komander Muhamad Amir, terkorban dalam nahas helikopter pada Selasa ketika melakukan raptai menjelang sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90, Sabtu ini.

Nahas tersebut turut menyebabkan sembilan lagi pegawai serta anggota TLDM turut terkorban dalam kejadian pada jam 9.32 pagi itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!