Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir

Noor Rahiza (duduk, dua kanan) sempat merakamkan gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
Noor Rahiza (duduk, dua kanan) sempat merakamkan gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya.
A
A
A

YAN - Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dijangka dibawa pulang ke kediaman keluarganya terlebih dahulu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat pada petang, Rabu.

Abang sulungnya, Abdul Latif Anuar, 46, berkata, berdasarkan maklumat awal, jenazah adik ketiga daripada lima beradik itu dijangka tiba pada jam 4 petang.

Noor Rahiza
Noor Rahiza

Beliau berkata, jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni, di sini.

"Ia bagi membolehkan ahli keluarga terutamanya bapa kami, Anuar Hassan,70-an, membuat penghormatan terakhir.

"Jenazah akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh (selepas selesai bedah siasat) untuk solat jenazah," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau memaklumkan, jenazah adik perempuannya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat di sini, untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Abdul Latif memberitahu, suami Noor Rahiza, Azinor Azizan, 40-an masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menunggu urusan bedah siasat selesai.

Artikel Berkaitan: