Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun

Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi Rabu.
Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi Rabu.
A
A
A

JAKARTA - Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi Rabu.

Berita itu disahkan nak perempuannya, Putri Kuswisnuwardani kepada media Indonesia.

Mustika Ratu menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang dipasarkan di Indonesia dan luar negara, seperti di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat.

Pemergian Mooryati, 96, disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.

“Jenama herba yang berasal dari resepi Kerajaan Surakarta ini telah memberikan banyak manfaat untuk kesihatan masyarakat dan juga membanggakan Indonesia di luar negara," kata bekas Duta Besar Indonesia ke New Zealand, Tantowi Yahya.

Sejak usia 3 tahun, Mooryati Soedibyo telah diperkenalkan dengan resepi kecantikan tradisional dan jamu di tempat asalnya iaitu Keraton Surakarta, yang terkenal sebagai pusat tradisi budaya Jawa.

Gemar meminum jamu sejak kecil, Mooryati berazam untuk mengembangkan ramuan herba resepi Keraton Surakarta menjadi satu perniagaan.

Melalui PT. Mustika Ratu yang ditubuhkan pada 1973, Mooryati mula mengeksport produk herba dan kecantikannya ke 20 negara, termasuk Rusia, Belanda, Jepun, Afrika Selatan, Asia Barat, Malaysia, dan Brunei.

Artikel Berkaitan:

Mooryati juga menjadi pengasas Yayasan Puteri Indonesia pada tahun 1992 yang menjadi platform pemilihan Puteri Indonesia yang diadakan setiap tahun, selain turut berkhidmat sebagai Naib Pengerusi Dewan Perundingan Rakyat bagi 2004 hingga 2009.

Mooryati juga diiktiraf oleh Muzium Rekod Indonesia (MURI) sebagai pemegang ijazah kedoktoran tertua di Indonesia dengan penganugerahan "Sarjana Perubatan Herba."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!