Helikopter TLDM terhempas: Sultan Pahang zahir rasa dukacita

Ucapan takziah daripada Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, pada Selasa.
Ucapan takziah daripada Al-Sultan Abdullah dan Tuanku Azizah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa.

Turut menzahirkan rasa sedih ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Salam takziah buat waris dan ahli keluarga mereka yang terkorban. Al-Fatihah.

"Semoga ahli keluarga tabah dengan kehilangan dan dugaan ini," menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat raptai di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.

TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi Selasa.

Insiden melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM-AW139 dan tiga kru Fennec TLDM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: