Helikopter TLDM terhempas: CAAM aktifkan KLARCC selaras operasi menyelamat

Salah sebuah helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa. Foto Bomba
Salah sebuah helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa. Foto Bomba
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi menyelaraskan operasi menyelamat susulan insiden dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, KLARCC CAAM di KLATCC telah diaktifkan pada jam 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.

"Siasatan lanjut kemalangan akan dijalankan oleh pihak TLDM," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas selepas bertembung di pangkalan TLDM Lumut ketika sesi latihan sempena Hari Terbuka Armada TLDM melibatkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec.

Tiada mangsa dilaporkan terselamat apabila kesemua 10 individu dalam dua helikopter milik ATM itu maut selepas terhempas di Pangkalan TLDM Lumur pada Selasa.

Artikel Berkaitan: