Helikopter TLDM terhempas: Tiga disahkan maut

Salah sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. Foto tular.
Salah sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak. Foto tular.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.50 pagi, pada Selasa.

"Setibanya di lokasi bomba mendapati terdapat kejadian pertembungan dua buah helikopter.

"Sebuah helikopter FENNEC TLDM dinaiki tiga orang dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala sebuah lagi helikopter HOM-AW139 dinaiki tujuh mangsa. Empat mangsa sedang dikeluarkan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Kenyataan itu menambah, operasi ketika ini terarah kepada membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di lokasi. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!