Kerajaan Kelantan rakam ucapan takziah nahas helikopter

Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa nahas melibatkan dua buah helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa. Gambar kecil: Mohd Nassuruddin

A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa nahas melibatkan dua buah helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada Selasa.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, apa yang berlaku itu merupakan satu takdir dari ALLAH.

Mohd Nassuruddin (dua,kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Selasa.
Mohd Nassuruddin (dua,kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Selasa.

"Saya lihat untuk masa akan datang soal keselamatan semasa pertunjukan raptai perlu diberikan keutamaan," katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kerajaan negeri bersedia memberikan kerjasama dengan TLDM jika ada mangsa dari negeri ini.

Ujarnya, sebagaimana dengan kerajaan negeri lain yang akan mengambil tindakan sama iaitu dengan memberikan pertolongan kepada keluarga terlibat.

Sinar Harian melaporkan, tiada mangsa dilaporkan terselamat dalam kejadian dua helikopter terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan TLDM pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal terdapat 10 mangsa berada dalam kedua-dua helikopter itu semasa kejadian.

Artikel Berkaitan:

Akibat insiden pertembungan itu, sebuah helikopter terhempas berhampiran Stadium TLDM dan sebuah lagi terhempas dalam kolam renang kompleks sukan pangkalan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!