Polis cari wanita bantu kes dadah

Polis sedang mengesan individu ini.
Polis sedang mengesan individu ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur sedang mencari seorang wanita bagi membantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Menurut kenyatan media, wanita berkenaan dikenali sebagai Lim Hui Ming berusia 24 tahun.

Saksi berkenaan kali terakhir dilihat di Jalan Bukit Robson Ijok, Batang Berjuntai, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Brickfields, Inspektor Azhanizam Ahmad di talian 0195067801.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel Berkaitan: