Pencapaian besar Manchester United - Ten Hag

Pemain Manchester United meraikan kejayaan ke final selepas menewaskan Coventry City. Foto EPA
Pemain Manchester United meraikan kejayaan ke final selepas menewaskan Coventry City. Foto EPA
A
A
A

ERIK ten Hag menegaskan dia tidak malu tetapi mengakui Manchester United 'berjaya meloloskan diri' selepas menewaskan kelab divisyen dua, Coventry City menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA.

United diancam oleh persembahan luar biasa Coventry selepas pasukan itu bangkit daripada ketinggalan 3-0 dan kemudian mendapat gol pada lewat masa tambahan yang dibatalkan kerana ofsaid.

Perlawanan mendebarkan berakhir 3-3 selepas 120 minit dan United akhirnya menang 4-2 menerusi sepakan penalti untuk mengulangi perlawanan akhir tahun lalu menentang Manchester City.

Ia adalah satu lagi prestasi yang sangat tidak meyakinkan oleh United yang telah meningkatkan tekanan ke atas pengurus Ten Hag, namun pengendali kelahiran Belanda itu cuba menyerlahkan perkara positif.

“Saya tidak boleh mengatakan perkataan itu (memalukan) kerana, pada penghujung hari, ia mengenai pencapaian.

“Saya melihat kesilapan yang kami lakukan tetapi ia tidak memalukan. Ia satu pencapaian yang besar.

“Malah United pada sedekad lalu hanya mencapai final tiga kali. Kami kini mempunyai dua kali final dalam dua tahun. Jadi itu prestasi yang baik," katanya.

Ten Hag berkata, beliau melihat pasukannya boleh bermain dalam tahap yang sangat tinggi tetapi dalam perlawanan yang sama mereka juga boleh pergi sangat rendah.

Artikel Berkaitan:

"Itu tidak dapat dijelaskan. Ia mempunyai kaitan dengan menguruskan permainan.

“Saya perlu mengajar pemain saya dengan jelas. Kami harus melakukan yang lebih baik dalam keadaan seperti itu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!