Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Perancis

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjulang gelaran Terbuka Perancis selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada Ahad.
Dalam aksi final di Arena Grand Paris itu, Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-11 dunia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan dalam tempoh 44 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang merupakan beregu lelaki nombor lima dunia terlebih dahulu menguasai permainan apabila memenangi set pertama 21-13.
Bagaimanapun, Wei Chong-Kai Wun mempamerkan kebangkitan meyakinkan pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas mencatat kemenangan 21-15.
Momentum itu diteruskan pasangan negara berkenaan pada set ketiga apabila mereka mendominasi permainan untuk melakar kemenangan 21-7 sekali gus mengesahkan kejuaraan.
Kejayaan itu cukup bermakna buat Malaysia apabila menamatkan kemarau 22 tahun tanpa gelaran beregu lelaki pada kejohanan berprestij berkenaan.
Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara menjuarai Terbuka Perancis ialah pada 2004 menerusi gandingan Gan Teik Chai-Koo Kien Keat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
