Israel lancar serangan di Tebing Barat, 14 terkorban

Sebuah bangunan musnah selepas serbuan tentera Israel di kem Nur Shams, Tulkarem di Tebing Barat pada Sabtu. Foto Agensi
Sebuah bangunan musnah selepas serbuan tentera Israel di kem Nur Shams, Tulkarem di Tebing Barat pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

TULKAREM - Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan terbaharu Israel ke atas kem pelarian Nur Shams di utara Tebing Barat yang diduduki, lapor Bulan Sabit Merah Palestin pada Sabtu.

Tentera Israel berkata, pihaknya telah membunuh 10 pejuang Hamas ketika operasi itu yang dikatakan bermula sejak Khamis lalu.

Wartawan AFP melihat mayat di jalanan dan rumah yang dilanda letupan ketika dron Israel terbang di atas kepala dan kenderaan berperisai bergerak melalui kem.

Sejak awal tahun lalu, keganasan berlaku di Tebing Barat yang telah diduduki Israel sejak 1967. Ia semakin meningkat sejak perang meletus di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

"Setakat ini, petugas kami telah memindahkan 14 syuhada dari kem Nur Shams ke hospital," kata Bulan Sabit Merah Palestin.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 11 cedera dalam serbuan Israel, tujuh daripada mereka cedera akibat tembakan langsung.

Menurut kementerian itu lagi, antaranya adalah tembakan yang mengenai paramedik ketika cuba mendapatkan mangsa yang cedera.

Medik telah dimaklumkan mengenai 'sebilangan orang yang terbunuh dan cedera' di dalam kem, namun tentera 'menafikan akses mereka untuk merawat yang cedera', kata kementerian itu.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, Qais Fathi Nasrallah berusia 16 tahun dibunuh oleh tentera Israel di kem pelarian Tulkarem berhampiran.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa berkata dia telah meninggal dunia selepas 'ditembak di kepala oleh Israe, namun tidak jelas bila dia meninggal dunia'.

Seorang lelaki berusia 30 tahun, Salim Faisal Ghanem telah dibunuh oleh tentera Israel pada Jumaat di kem Nur Shams, lapor Wafa. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!