Tebing runtuh akan dibaiki segera - MPS

Tembok runtuh menyebabkan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir turut terjejas.
Tembok runtuh menyebabkan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir turut terjejas.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan melaksanakan pembaikan segera terhadap tembok runtuh yang menyebabkan tiga kenderaan terjejas di di kawasan parkir Taman One Selayang pada Rabu.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, kejadian sekitar jam 10 pagi disebabkan hujan lebat itu mengakibatkan kawasan parkir kenderaan dan sktruktur longkang berhampiran terjejas.

Menurutnya, kesemua kenderaan terlibat telah dialihkan dan pemasangan kanvas serta pita kuning dilakukan sementara menunggu kerja baik pulih dijalankan.

"Anggaran runtuhan tembok seluas 120 meter persegi yang jaraknya dari bangunan kedai sejauh 15 meter.

"Kawasan tersebut ditutup sementara sebagai langkah keselamatan bagi mengelak orang awam meletakkan kenderaan mereka di sana," katanya pada Jumaat.

Pada Rabu, sebanyak tiga kereta yang diletakkan di kawasan parkir terjejas dalam kejadian itu namun tiada mangsa terlibat dalam itu.

Mohamad Zin berkata, kejadian runtuhan itu juga tersebut telah menghalang aliran air longkang utama di bahagian kaki cerun.

Ujar beliau, pasukan cerun akan membuat anggaran kos pembaikan sebelum kerja baik pulih penuh dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!