Sabri Yunus berang, guna nama isteri sebar fitnah

Tangkap layar hantaran fitnah dibuat pemilik grup Facebook yang kononnya pengikut Angeline Tan.
Tangkap layar hantaran fitnah dibuat pemilik grup Facebook yang kononnya pengikut Angeline Tan.
A
A
A

PENGARAH tersohor tanah air, Sabri Yunus berang dengan tindakan sesetengah pemilik laman grup Facebook yang tidak bertanggungjawab kerana berani menggunakan nama isterinya, Ardini Angeline Tan untuk menyebarkan fitnah.

Ia kerana baru-baru ini, grup yang kononnya aktif sebagai peminat Angeline menyebarkan berita palsu mengatakan pelakon itu sedang berbadan dua dan Sabri tidak sabar mahu menimang cahaya mata sulung.

“Ini ‘page’ paling jahat... Tidak ada kena-mengena dengan Angeline.

“Kalau betul peminat, tak patut tambah lagi yang karut-marut, dia patut betulkan isu fitnah ini.

“Banyak yang pakai nama ‘page’ ini. Angeline tak terlibat langsung. Kami tidak bertanggungjawab dengan semua hantaran tersebut,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu sedang mengandung selepas mengikat tali perkahwinan pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Sabri yang juga pelakon dan pelawak terkenal mengakui terkejut dengan berita tersebut sehinggakan terpaksa menjelaskan perkara sebenar bagi menjernihkan semula keadaan.

“Orang yang memulakan isu ini, dia tak rasa bersalah ke kalau tak rasa berdosa pun? Kepada penyambut dan penyambung cerita ini tidakkah dia rasa serupa?

Artikel Berkaitan:

“Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan yang bertanya. Ada kawan kata tak apa benda baik, saya kata yang tak baik itu fitnah, fitnah tak mungkin baik,” ujar bapa berusia 63 tahun itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!