Pegawai, bekas pegawai bank direman

Kedua-dua suspek direman selama empat hari.
Kedua-dua suspek direman selama empat hari.
A
A
A

MELAKA - Seorang pegawai dan bekas pegawai sebuah bank direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM316,064.33 antara 2018 hingga 2022.

Perintah reman selama empat hari bermula Rabu sehingga Ahad ini terhadap kedua-dua tertuduh dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam.

Sumber berkata, suspek berumur 35 tahun merupakan bekas pegawai bank negeri ini manakala suspek 43 tahun masih bekerja di ibu pejabat bank sama di Petaling Jaya, Selangor.

Difahamkan kedua-dua suspek disyaki menerima suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada beberapa firma guaman untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan tersebut.

Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 6 petang Selasa ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka bagi tujuan membantu siasatan.

Suspek berbaju lokap jingga tiba di mahkamah menaiki van khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) SPRM pada jam 8.55 pagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: