Penolong pegawai tadbir direman empat hari kes rasuah RM6,000

Seorang penolong pegawai tadbir (dua dari kiri) yang memakai baju lokap bewarna oren bagi mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Masjistret Shah Alam pada Khamis.
Seorang penolong pegawai tadbir (dua dari kiri) yang memakai baju lokap bewarna oren bagi mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Masjistret Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penolong pegawai tadbir direman empat hari di Mahkamah Masjistret di sini pada Khamis, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6,000.

Majistret, Farah Rosnan mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia sekitar 40-an sehingga Ahad ini, selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Prosiding permohonan itu dikendalikan pegawai penyiasat, Penolong Penguasa (PPs) Mohamad Nafawie Syazriel Mohamad Nazuardy sementara suspek lelaki itu diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Safwan.

Pada jam 2 petang Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan suspek ketika hadir di Pejabat SPRM Selangor untuk dirakamkan keterangan.

“Siasatan awal mendapati bahawa suspek telah meminta dan menerima wang rasuah RM6,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi miliknya daripada sebuah syarikat pada 2021.

"Wang rasuah ini sebagai balasan kerana suspek telah membocorkan maklumat sebut harga bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan serta penyelenggaraan landskap Mahkamah Syariah di Selangor, bernilai lebih RM130,000," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: